Blogger Template by Blogcrowds

Sila lawati family2ai.ning.com untuk mengikuti isu-isu semasa 2ikhlas 08. jika anda tidak mempunyai akaun dan merupakan bekas pelajar 2ikhlas 08 serta berminat untuk menyertai laman tersebut, sila tinggalkan emel anda di shoutbox itu.

selamat tengahari sume.

hari ini kite akan membincangkan mengenai isu yang seringkali diperdebat dalam family2ai.ning.com. walaupun mungkin kebanyakan kita yang menganggap isu ini sudahpun basi dan tidak lagi relevan berikutan pmr sudah berakhir, aku tetap akan mencoretkan sesuatu mengenai isu itu dalam blog ini.

golongan yang dimaksudkan itu ialah golongan 'manusia berhati kerbau'. golongan ini diberi namanya oleh en omar yang baik hati dan di-support oleh en naim yang baik hati. mungkin maksud 'berhati kerbau' itu golongan yang hanya mencari kawan apabila mempunyai kepentingan tersendiri, contohnya apabila menjelmanya peperiksaan. ber'kawan' hanya apabila mahukan tajuk-tajuk yang mungkin keluar dalam peperiksaan.

apa relevannya nama itu diletak? mungkin relevannya tetap ada. pihak yang di-kritik haruslah menilik diri sendiri, apakah benar apa yang dikatakan. kalau benar, ubahlah sikap. kalau tidak, jelaskan kepada pihak meng-kritik tentang perkara sebenar. supaya mereka berpuas hati dan menutup mulut mereka dari terus-terusan mengkritik.

dan bagi pihak yang meng-kritik itu pula, mereka tidak patut mengatakan ikut sesedap mulut sahaja. mungkin kebenarannya tetap ada,kalau tiada sudah tentulah pihak pengkritik ini tidak akan membazirkan masa mereka dengan mengatakan yang tidak betul. masakan pokok bergoyang kalau tiada angin, -kan?

kesimpulannya, pihak yang terlibat seharusnya mencari jalan keluar dari kemelut yang dihadapi.

* penulis merupakan pihak berkecuali yang hanya menulis tanpa memihak pada mana-mana pihak.

0 Comments:

Post a Comment



Newer Post Older Post Home